Produk utama Loji_penapis_minyak

Produk petroleum biasanya dikumpulkan kepada empat kategori: sulingan ringan (LPG, petrol, nafta), sulingan sederhana (minyak tanah, bahan api jet, diesel), sulingan berat sulingan dan residuum (minyak bahan api berat, minyak pelincir, lilin, asfalt). Pengelasan ini adalah berdasarkan cara minyak mentah disulingkan dan dipisahkan menjadi pecahan-pecahan tertentu:[2]

Produk yang selebihnya termasuk juga:

Kilang minyak juga menghasilkan pelbagai produk perantara seperti hidrogen, hidrokarbon ringan, reformat dan petrol pirolisis. Bahan-bahan ini tidak biasanya diangkut tetapi sebaliknya dicampur atau diproses lagi di lokasi. Oleh itu, kilang kimia sering bersebelahan dengan loji penapis atau akan ada beberapa lagi proses kimia yang diintegrasikan ke dalamnya. Sebagai contoh, hidrokarbon ringan dipecahkan secara wap di sebuah kilang etilena, di mana etilena yang dihasilkan dipolimerkan untuk menghasilkan polietena.